SULAMAN (LOGO & TULISAN
Sulaman logo dan tulisan kami menggunakan mesin industri Tajima dan Ricoma untuk hasil yang kemas, tepat dan tahan lama. Setiap tempahan disediakan sample sulaman terlebih dahulu bagi memastikan warna, saiz dan ketebalan tepat. Kami menggunakan benang berkualiti tinggi yang sesuai untuk pelbagai material, menghasilkan sulaman yang timbul, jelas dan premium. Sesuai untuk baju korporat, jaket, topi, beg, tuala dan produk beridentiti jenama profesional.
Terma & Syarat Sulaman Logo & Tulisan
Caj Blok Logo (Untuk Tempahan Kurang 10pcs)
Tempahan sulaman 10 helai dan ke bawah akan dikenakan caj blok logo dalam lingkungan RM60 – RM120 bagi setiap logo, bergantung kepada saiz dan kerumitan design.Pengesahan Sample Adalah Muktamad
Setelah sample sulaman disahkan oleh pelanggan, tiada sebarang perubahan boleh dibuat.
Logo atau sulaman yang telah disulam tidak boleh dibuka atau dibaiki.
Jika berlaku kesilapan pada logo daripada pihak pelanggan, baju perlu diganti mengikut harga baju asal.Tempoh Proses Sulaman
Proses sulaman mengambil masa tertentu mengikut jumlah dan kerumitan design.
Tiada urgent job diterima, kerana sulaman memerlukan ketelitian dan masa untuk memastikan hasil terbaik.